Assalamualaikum...
Dulu kann aida ada tengok satu movie ni..tajuk dia apa ntahh..lupa dah.
Tapi yang paling best dia menampilkan sebuah ideologi di mana lelaki dan perempuan boleh jadi best friend yang tahap dia boleh bertepuk tampar, cubit-cubitan,
senggol-senggolan tanpa ada rasa kejutan aliran eletrik dalam sentuhan.
Yang tahap dia bila ada pakwa/makwa masing-masing boleh jumpa borak tenangkan fikiran lantas memeluk dan membisikkan ke telinga .... "everything gonna be fine.."
Lelaki...
Perempuan...
Boleh ke nak jadi best friend...??
Nak bersepak terajang bagai...??
Hhmmm...
Tanpa ada sekelumit apa-apa perasaan..???
Ohh tidak...tidaakk...tidaaak...!
Bagi aida lelaki dan perempuan tak sesuai langsung nak jadi best friend.
"Kiranya lelaki perempuan tak boleh jadi best friend la kannn..? Sdehhnyaa saya...sedehh..tunggu jap yaa..nak pergi terjun bangunan sekejap...!"
Daripada korang nak meluahkan segala macam masalah boyfriend, gielfriend, tunang, isteri, suami, masalah dewan rakyat, masalah negara, masalah perlimen kat best friend korang yang berlainan jantina...
Hmmm tak payah laaahh...! Bukan tempat yang sesuai.
Tolong jangan bagitau aida korang sanggup drive dari utara ke selatan dengan jumlah wang yang tak seberapa banyak, atau korang hanya student yang biasa-biasa yang mengharapkan duit dari PTPTN dah start saving untuk setahun serta menghadiahkan sebiji kek paling istimewa sambil menempah tiket band kegemaran si dia.
Sambil menyanyi bersama-sama dia, siap hafal lirik lagu walaupun pada asalnya korang langsung tak minat lagu tu, dengan hadiah seutas jam tangan mahal yang korang sendiri seumur hidup pun tak pernah merasa pakai jam mahal tu.
Tapi di sebabkan best friend, korang sanggup ikat perut kumpul duit semata-mata nak membeli, walaupun masa beli jam tu menitik peluh kat dahi korang, semua tu korang buat hanya untuk melihat senyuman di bibir best friend korang...
"Tolong laa jangan cakap korang sanggup...!! Buat semua tu hanya dia bergelar best friend..."
Logik ke tak logik....???
Kalau korang kata korang...
Sangguuppp...!
Aida nasihatkan ambik berapa banyak masa yang korang nak, pergi la duduk kat tepi pantai ke, kat padang rumput sambil baring-baring ke, haa nak lebih afdhal lagi lepas solat tafakur kat sejadah fikir dan gali dalam-dalam....
Bayangkan muka best friend korang tuu,
Adakah langsung tak ada sekelumit perasaan sayang..cinta..pada si diaa...??
Kalau korang bujang tak apa la lagi nak ber best friend ni..
Tapi macam mana pulak kalau korang dah ada kekasih, tunang, suami, isteri,..?
Takkah akan melukakan hati dan perasaan pasangan korang....??
Percayalahh...
Pasti ada hati yang terluka.....!
Oh yaaa...
Nak tahu apa ending movie tuuu..?
Bakal suami awek tu suruh dia kawen dengan best friend dia. Yer laa datang ke majlis yang kunun-kunun kata best friend tapi muka serabai sedeh nak nangiss,..apa ke jadah nyaaa...??
Selasa, 9 Disember 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan