Isnin, 2 Mac 2015

Ala ala baskin robin...

Dicatat oleh AidaNajwan.com di 6:48 PG Categories
Assalammualaikum...


kepada peminat setia blog aida...

Terima kasihhhh ... terima kasihhh...

Sebab....

Sudi menjadi pembaca dan peminat setia blog aida....

Aida doakan korang dan keluarga sentiasa di dalam rahmat Allah, di permudahkan segala urusan, dan tercapai segala impiannn....



Semalam aida keluar dengan suami cari makanan si miow..

tiba-tiba aida terpandang seorang budak lelaki cina sedang menikmati aiskrim baskin robin dengan khusyuk sekali,

Dengan cuaca yang panas terik, apa lagi..tekak aida menjerit nakkan aisss...

Aisss...aiss

Nak aiskrim macam budak cina tuuu...

sekarang kan musim panas, huhuu...

Soo...

Aida ajak suami makan aiskrim di kedai aiskrim.

Waaaa...!!

Macam macam jenis perisa aiskrim adaaa...tak tau pulak nak pilih yang mana...tak silap aida perisa halia pun ada..ngeeee

Tanpa membazirkan masa aida pilih aiskrim yang paaaaling istimewa yang ada kat kedai tu untuk dua orang makan dengan perisa yang berbeza.

Ngeeeee...hehehe...

14 minit kemudian tibalah aiskrim yang di nanti-nantikann...

Waaaahhhh.....

Cantik betul dekorasi aiskrim tuu...nak makannya pun sayang..! Kalau la aiskrim tu tak mencair, aida bawak balik buat hiasan kat dalam bilik tidor huhuhuu....

Masa tu pulak aida tertinggal tab, so tak dapat laaaa nak ambik gambar aiskrim yang cantik tu..

Bismillahirrahmanirrahim....

Selesai makan, ke kaunter bayaran...

Tu diaaaaaaa....ambik kau....

Semangkuk aiskrim RM34.90 total RM69.80

Diam tak cakap apa...hmmm...'mencekik betul..!'


Gerammm...

Balik rumah aida terus kedapor bukak almari tengok bahan untuk buat aiskrim ada lagi ke...haa cantikk...! Masih ada lagi bahan-bahannya.

So...

Kejap tu jugak aida buat aiskrim. Senang je sebenarnya nak buat aiskrim ni..bahan-bahan dia pun ringkas tak banyak songeh.

Meh..aida kongsi resepi aiskrim, korang boleh cuba buat, senang gilaaa korang...sriusss...


Bahan-bahan A

1 tin susu cair.
1 tin susu pekat (kalau tak suka manis buat 1/2 tin jer)
1 sudu besar esen vanila
1 sudu besar ovalatte
1 biji telor ayam




Bahan-bahan B:

Perisa yang korang suka, milo, jagung, koko, keladi, durian, storowbery dan lain-lain.

Cara membuat:

Pukul putih telor sehingga kembang dan likat, kemudian masukkan kuning telor tadi dengan semua bahan-bahan A dan mixer selama 20 minit.




















Kalau takde mixer boleh guna blander ok..blan sampai struktur menajdi kental dan likat...heheheee

okey...selapas 20minit angkat aiskrim tu simpan dalam peti sejuk sampai separuh beku.

Kemudian keluarkan aiskrim mixer lagi selama 20 minit, masukkan bahan B, serbuk koko atau perisa yang korang suka. Kalau nak lebih dari satu perisa, korang bahagikan la aiskrim tu kepada beberapa bahagian.

Mixer lagi sampai sebati, kemudian tuang dalam bekas dan korang boleh tabur cip coklat ke, atau patah-patahkan biskut oreo dalam aiskrim tu...

Macam ni haaa














Masukkan aiskrim dalam peti sejuk biarkan dia betul-betulll...kerasss...

Sekiannn...



Ni la hasil aiskrim yang aida buat, Heheheee...





Selamat mencubaaaa....


0 ulasan:

Catat Ulasan




 

Aidanajwann Copyright © 2011 Design by Ipietoon Edited By | Awin-ebiz.com