Rabu, 3 Disember 2014

mengempiskan perut cara tradisional..

Dicatat oleh AidaNajwan.com di 11:14 PTG Categories
Assalamualaikum...


Buat semua sahabat-sahabat yang aida kasihi..ni aida nak bagi petua macam mana nak kempiskan perut yang buncit.

Masalah perut buncit ni di alami oleh semua peringkat umur. Yang belum kawen pun ada masalah perut buncit gak tauuu. Ada setengah tu badan kurus tapi perut buncit.

Ooppsss...bukan buncit sebarang buncit...buncit di sebabkan lemak-lemak yang tertepu di keliling pinggang dan di bahgian perut.




Yerlah...aida tengok sekarang ni macam-macam makanan yang di jual, kalau zaman 80an 90an dulu orang jual makanan pun tak banyak dan tak semewah sekarang.

Sekarang ni pegi jer pasar malam, jangan cakap laa..kalau tak betul-betul kawal nafsu memang semua nak di beli. Daripada makanan yang biasa kita makan hinggalah makanan yang kita tak pernah tengok sebelum ni.

Bila makan dengan pengambilan yang banyak, yang menjadi mangsanya ialah perut..huhuu siaann perut.

Bila perut dah buncit mula la rasa gelabah, ape taknya..kain dah tak boleh nak di cangkuk zip, dan ada pulak yang tegur..

"dah bape bulan dah ni..?"

Cuba amalkan petua ni, memang berkesan...! Aida sendiri yang mengamalkannya.
Dari lilitan pinggang 35 inci boleh mengecil hingga 29 inci.

Tak pecaya...??

Belum cuba lagi dah tak percayaaa...cuba la dulu..cubittt kang baru tauuu



Ok..bahan-bahan yang di perlukan..

● segenggam ibu kunyit kampung asli, kunyit pekan ke, kunyit cameroon ke tak mau..



● 4 sudu besar garam kasar, kalau takde garam kasar boleh pakai garam halus.



● 4 inci halia tua, yang muda tak mau..



● 5 biji limau nipis. Kalau takde limau nipis..? Hmm cari sampai dapat..! Nak limau nipis gakk..!



● 1 sudu kecil kapor sireh, jangan banyak sangat nanti kang terbakar perut, kapor ni panass..



Langkah seterusnya..

Kunyit dan halia di buang kulitnya dan di tumbuk sampai lumat bersama dengan garam. Bila dah lumat tuang kunyit dan halia tadi dalam bekas.

Masukkan kapor sireh, dan perahan 5 biji limau nipis tadi. Kalau bahan tadi agak pekat, boleh tambah lagi buah limau, jangan terlalu cair.

Nak buat apa lepas tuu..? Tunggu waktu malam..nak tido malam tu ambik bahan tadi di sapu keliling pinggang dan perut, balut perut dengan kain dulu baru pakai bengkong.


Amalkan selama 1 bulan tiap-tiap malam, korang lihat hasilnyaa..slim tak slim perut korang..hehehe...



Bila perut dah tak buncit lagi tak payah la nak pakai bengkong tiap-tiap malam, pakai seminggu 3 x jer dah cukup.

Selamat mencubaaaa....




(Aida najwan 019-4791721 whatsapp)


1 ulasan:

Unknown on 21 Disember 2014 pada 11:57 PTG berkata...

wahhh..buleyy amalkan ni..tQ long for info

Catat Ulasan




 

Aidanajwann Copyright © 2011 Design by Ipietoon Edited By | Awin-ebiz.com