Khamis, 29 Januari 2015

Rahsia menjinakkan nafsu

Dicatat oleh AidaNajwan.com di 6:12 PG Categories
Assalamualaikum...


'Ya Allah,..

Rahmatilah pembaca blog ini, sihatkanlah ia, ampuni segala dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau berikan petunjuk dan hidayah kepadanya, 

Dann ya Allah.....

Masukkanlah ia dan keluarganya ke dalam syurga firdausiMu..
Lindungilah ia dan keluarganya dari azab siksaan nerakaMu..'




Susahnyaa nak berperang dengan nafsu...

Yaaa NAFSU...

Nafsu tempat berkumpulnya amarah dan keinginan dalam diri makhluk bernama manusia dan sentiasa mendorong manusia untuk melakukan kejahatan..

Manusia ni selalu lupa yang kita juga bermusuh dengan diri kita sendiri, kita selalu ingat musuh yang kita nampak depan mata kita. Tapi kita tak sedar yang dalam diri kita jugak ada musuh yang dahsyat sejak azali lagi..


Susah nak mengesan nafsu yang abastrak yang terlalu halus hingga terpaksa mempelajarinya.

Disini beberapa contoh sebagai bukti susah dan sukarnya memerangi atau bertarung dengan nafsu:


1 - kalau ada orang menghina, mengumpat, menganjing, maki hamun di depan atau di belakang kita, bagaimanakah respon kita...?

Boleh kah kita...

Tenang dalam senyuman menahan gelodak hati dan urat-urat saraf kepala yang berdenyut-denyut menahan amarah..? Boleh kah kita diamkan saja tanpa rasa sikit pun sakit hati..?

boleh kah kita tinggalkan mereka yang mengumpat, menganjing kita dengan ucapan "Assalamualaikum.." dengan seulas senyuman yang paling manis..?

Oohh tentu tidak semudah itu...

Hati kita tentu sakittt dan menderita, apatah lagi nak berbuat baik pada orang yang dah berbuat jahat pada kita seperti kehendak Rasululullah SAW: 'Berbuat baiklah pada orang yang berbuat jahat pada kamu'


2 - kita di uji Allah dengan bermacam-macam ujian seperti hidup miskin. Kita dah berusha tapi tak jugak kaya.

Kita ingin pandai dan cemerlang, setelah berusha kita tidak juga pandai dan gagal dalam peperiksaan, masyarakat tak peduli, di cemuh pulak kita kerana kemiskinan dan tiada sijil tinggi gunung.

Mudahkah kita tanam jiwa besar di waktu itu sehingga kita boleh berdikari dan tidak peduikan kata-kata masyarakat..?

Boleh kah kita menahan perasaan daripada keluh kesah..? Boleh kah kita redho dan baik sangka dengan Allah..?

Hati dan perasaan mana mahu menerima hakikat di sebalik kejadian ada hikmah dan pahala yang menunggu..?


3 - kita lihat ada orang susah, menderita, melarat, mungkin kita terasa simpati untuk membantu memberi duit. Ini mungkin mudah dan rasa mulia di lakukan kerana orang akan puji kita baik, pemurah, kita akan di sanjung.

Tapi...

Untuk duduk setaraf dengan mereka, menghiburkan mereka tentu susah. Mampukah kita bergaul mesra, tidur baring dan makan minum dengan mereka..?

Ohhh tentu tak mudah kann...

Lebih-lebih lagi jika kita berkedudukan tinggi. Tentu nafsu rasa jatuh wibawanya.



4 - kita berjawatan penting, ada kuasa untuk luluskan projek-projek kemajuan rakyat. Rakyat memohon dan merayu pada kita, kita tunaikan, di sogoknya kita dengan ratusan ribu atau jutaan ringgit, atau perempuan-perempuan cantik serta bermacam tawaran istimewa.

Tentu payah nak lawan nafsu...

Nafsu akan membisikkan supaya peluang keemasan jangan di lepaskan, inilah yang di tunggu-tunggu selama ini, kawan-kawan yang setaraf dah lama merasa, awak...bila lagi..

Betul takk...?

Sulitnyaaa melawan nafsu..


5 - kita seorang peniaga, bersama-sama kita ada peniaga-peniaga lain yang berniaga di sebelah kita. Perniagaannya pulak sangat maju dan berjaya sedangkan kita sebaliknya, tak maju dan hampir bangkrap.

Apakah mudah untuk kita menahan sabar dan redho dengan takdir serta tidak hasad dengki dengan peniaga yang berjiran dengan kita tadi..?

Tentu tidak mudah...!


6 - kita seorang pendakwah, kita berdepan dengan pendakwah bebas yang lebih di terima oleh orang ramai dan di sanjung-sanjung. Sedangkan dakwah kita tidak di terima orang ramai, kita tiada pengikut, sedangkan kita berkelulusan universiti oversea dan pendakwah rasmi.

Mudahkah kita terima hakikat..?

Apakah kita sanggup mengangkat tangan mendoakan kejayaannya..? Kemudian memberi sokongan moral pada orang itu sebab melalui tangannya orang boleh menerima islam.

Tentu tidak mudah kan..nafsu selalunya hasad dengki bila melihat orang lain berjaya.


7 - seorang isteri yang di poligami. Suami memberi kasih sayang yang lebih pada isteri yang lain, di istimewakannya pula, di layan dengan mesra, sedangkan kita tidak dapat keistimewaan dan layanan mesra dari suami.

Boleh kah kita nak bermuka manis dengan suami...? Boleh kah kita tak berdendam dengan suami dan madu kita..?

Boleh kahhh...?

Aahhh...

Tidak mudah...!!

Walaupun kita tahu betapa besarnya ganjaran yang Allah kurniakan di akhirat kelak di sebabkan tolak ansur dan kesabaran kita.


8 - kita duduk sekampung atau sepejabat dengan kawan kita, sama-sama jatuh cinta dengan seorang perempuan cantik, masing-masing berusha menawan hati si gadis. Mengharap si gadis membalas cinta kita.

Tetapi...cinta kita tak di balas, bertepuk sebelah tangan, kita pergi meminang tapi pinangan kita di tolak, sedangkan si gadis menerima pinangan kawan kita.

Bagaimana hati kita di saat itu..?

Hati kita remuk redam, hancur berkecai, mampukah kita membendung nafsu supaya jangan gilakan si gadis itu lagi..? Mampukah kita agar tidak berdendam dengan kawan kita..? Bolehkah hati kita menerima takdir itu dengan hati yang tenang..?

Tanpa keluh kesah..

Tentu tak semudah itu...


9 - sebagai ibu ayah yang berdepan dengan kerenah anak-anak yang memeningkan kepala, mudahkah untuk bersabar dengan kerenah anak yang nakal..?

Tidak mudah kann..

selalunya nafsu akan hilang pertimbangan dengan kenakalan anak-anak.


10 - kalau kita sebagai pemimpin, berdepan dengan rakyat yang menegur kita, apakah kita dapat menerima teguran dengan sebaik-baiknya dan berlapang dada...?

Apakah kita ucapkan terima kasih kerana dia sudah menyelamatkan kita di dunia dan akhirat..?

Selalunya rakyat yang begitu akan diancam dan di tekan, di katakan cuba mengancam keamanan negara, nak rebut kuasa atau gulingkan kerajaan.



Begitulah nafsu kita...

Betapa sulit dan susahnya berperang dengan nafsu.


Bagaimana cara nak melawan nafsu...??


Menurut imam Al Ghazali:

Nafsu boleh di kekang dengan kekangan takwa, ia akan menjadi lemah dan tunduk mengalah. Kewarakan seseorang juga boleh membelenggunya sehingga nafsu tidak berpeluang menjalankan peranannya.

Nafsu itu musuh yang mendatangkan kecelakaan, ia perlu di lemahkan dengan penghinaan. Jangan sesekali di beri muka dan di layan keinginannya.

Dalam kitab minhajul abidin, imam Al Ghazali telah menganjurkan cara menjinakkan nafsu:


1 - setiap keinginan nafsu hendaklah di cegah dan di tahan.

Ini bererti ia dikurung atau di belenggu, umpama binatang liar, apabila di kurung atau di tambat ia menjadi jinak akhirnya.

Lemahkan tenaganya agar ia tidak liar. Amalan berpuasa akan membuatkan badan menjadi lemah dan sekaligus melemahkan keinginan nafsu.

Selain dari menahan perut dari banyak makan, ada lagi beberapa sumber kekuatan nafsu yang perlu di sekat.

Antaranya...

Menahan mata dari melihat yang haram, telinga dari mendengar yang haram, mulut dari berkata-kata yang di larang.


2 - di beri tekanan atau deraan yang berat ke atasnya.

Umpama keldai yang liar, apabila di lebihkan muatan di belakangnya nescaya ia menjadi lemah dan menurut perintah.

Cara mendera nafsu ialah dengan banyak melakukan ibadah, terus menerus melakukan ibadah insyaallah dapat menjinakkan nafsu.


3 - mohon bantuan dari Allah.

Hendaklah berdoa minta perlindungan daripada Allah agar terselamat dari angkara nafsu jahat, sesungguhnya dengan pertolongan Allah jua kita akan berjaya..



Nafsu ibarat kuda liar...sukar di kawal, merbahaya dan boleh memudaratkan.

Walaubagaimanapun dengan latihan yang betul ia boleh di jinakkan, di kawal dan memberi banyak manfaat.

Imam Al Ghazali mengatakan...

"Kalau nafsu menguasai akal maka hina manusia itu daripada haiwan, dan kalau akal menguasai nafsu maka mulia manusia itu lebih daripada malaikat.."


Wallahu a'lam...





0 ulasan:

Catat Ulasan




 

Aidanajwann Copyright © 2011 Design by Ipietoon Edited By | Awin-ebiz.com