Khamis, 2 April 2015

Nostalgia aiskrim kacang merah

Dicatat oleh AidaNajwan.com di 8:48 PTG Categories
Assalammualaikum,...


Korang mesti ada nostalgia zaman silam kann..

kisah zaman kanak-kanak yang tersemat rapi di kotak ingatan, kisah yang tak pudar di telan dek zaman.

Nostalgia yang buatkan kita tersengeh kerang..


Hmmm..

Aida ingat lagi masa tu umur aida lapan tahun, petang tu aida berentap sakan main tuju kasut dan main polis santri.

"Polis santri wan tu jaga polis mati pencuri jaga.." 

Bhahahaha...mesti korang pun tak ketinggalan pernah main permainan tu kann kannn...jangan tak ngakuu..

Balik pada cerita tadi,

dalam pukul enam petang aida berundur dari gelanggang, terasa amat haus. Selalunya aida akan menerpa masuk rumah bukak peti ais minum air ais yang dah di sejukkan, lepastu sambug main.

Tiba-tiba datang pula keinginan yang meluap-luap ingin menikmati aiskrim kacang merah..!


Ini lah aiskrim kacang merah yang menjadi kegilaan ramai masa dulu...sedapp woooo...


Dengan penuh keyakinan dan semangat yang membara aida berlari-lari anak menuju ke kedai pak din yang tak lah berapa jauh sangat dari rumah.

Setibanya di kedai aida cepat-cepat melangkah ke peti aiskrim.
wahh! Aiskrim kacang berasap-asap kesejukan di dalam peti.

Capai aiskrim, seluk poket seluar..

Ehhh..seposen je tinggal..?

Tadi ada tiga posen...??

Waagghhh sah dah tercicir masa tengah main tadi..

Hibaa...

Aiskrim kacang tu harga dia dua puluh sen, aida letak balik aiskrim dalam peti dengan hati yang penuh kehibaan..

Pakdin maintain peratikan gerak-geri aida macam la aida ni penjenayah bertaraf antarabangsa nak curi aiskrim dia huhh..!

Mata aida melilau ke sekitar keropok, chikedies, kacang tumbuk, gula-gula, keropok bon-bon perisa ayam, mamee dan beraneka makanan rapu yang langsung tidak berkhasiat untuk tumbeseran.

Aida terpandang sebuah kotak putih, dalam tu ada kertas-kertas kecil berlipat yang terlekat. Yaahhh...!! Ini lah satu-satunya peluang untuk aida mendapatkan aiskrim kacang..!

Demi melayan keinginan yang kehausan aiskrim kacang, berbekalkan akal fikiran seorang budak berumur lapan tahun aida mengambil keputusan nekad...!

Aida masukkan tangan dalam kotak tu, sambil pejam mata dan berdoa dalam bahasa melayu..

Aida gaul perlahan-lahan sambil mengingati teknik yang biasa di buat oleh budak-budak lain sebelum ni..

Aida capai sekeping, pakdin sudah siap sedia hulur tangan, aida serahkan seposen terakhir yang aida miliki sebagai pertukaran untuk harga sehelai kertas.

Aida koyakkan bucu kertas tu perlahan-lahan...

Yehaaaa....!

Aida pulang keriangan bersama dua batang aiskrim kacang dan setin minuman berkabonat, siap ada baki lagi lima puluh sen dalam poket..

Alhamdulillah...heheeee....

Itulah salah satu nostalgia aida...rindu sangat dengan zaman tu.



0 ulasan:

Catat Ulasan




 

Aidanajwann Copyright © 2011 Design by Ipietoon Edited By | Awin-ebiz.com