Khamis, 7 Mei 2015

Vitamin E

Dicatat oleh AidaNajwan.com di 4:35 PG 0 ulasan Categories
Assalamualaikum semuaaa



Tengah aida dok ralit cuci hidung si bella suami ajak keluar pegi makan malam katenya....Ape lagi aida pun berdesup la bersiap...

So nampak gayanya gantung periuk la jawabnya malam ni kan..hehehehee..suka!suka!suka!.. tak payah memasak!!!

Ok lah..aida nak cakap pasal betapa pentingnya Vitamin E ni pada kulit kita..Kalo tak silap aida dah 8bulan lebih kot aida amalkan makan Vitamin E ni tiap2 mlm sebelum masuk tido..haa..Vitamin E ni memang disyorkan untuk makan malam sebelum tido..supaya Vitamin ni boleh jalankan tugasnya dengan aman time mlm2 kan..hahahaaa

Sememangnya kita tahu yang vitamin E ni memang sinonim dengan kulit..Kalau korang nak kulit bebas dari sebarang cela,pengambilan vitamin E memang sangat digalakan.Kat sini nas nak bagitau selepas 2 bulan lebih aida guna vitamin E ni? First sekali yang aida nampakla kan ruam2 merah dah makin kurang. Muka aida ni memang berjerawat sebab aida ni jenis kulit muka berminyak Tapi baru ni aida perasan yg aida dah tak scrub muka aida ni..pastu kalau pegang hidung tu rasa licin je..Haish!!! Ni yg aida suka sangat2 nih! Heheheee

Lepas tu kan,...

Sekarang ni aida jarang sekali nk bersin2 pepagi tu..Sesema apatah lagi kan..aik,antibodi aida ni dah btambah kuat ke..??ermm...bila pikir balik..owh,yela kannnnVitamin E ni kan antioksidan..Patutla pun sekarang aida dah jarang sesema..

Alhamdulillah sangat-sangat..!!

Tak payah la asyik ulang alik pegi klinik amik ubat je kan..Bonus tang situ pulak...aida cuma makan vitamin ni je kan.. kulit makin elok semula, lepastu penyakit sesema pun jarang datang..Tapi biasala kan..kita kan makan vitamin..soo,kesannya kita takda la nampak on the spot..take time jugak la..Tapi takpe..sebab vitamin lagi bagus daripada kita makan ubat kan..Tiada kesan sampingan.





                                     Ini lah rupa bentuk vitamin e...



Sape yang berminat nak mencuba whatsapp 0194791721 aida..



Selasa, 28 April 2015

KULIT KU CARIKK!

Dicatat oleh AidaNajwan.com di 11:59 PTG 0 ulasan Categories


seperti biasa, Aida najwa seorang hamba Allah yang sangat teruja, heheheee..

Pada satu petang, dikala aida  tengah  bejalan-berjalan kat kawasan taman,..

aida mengexcercisekan kaki bejalan, aida buat satu aksi yang sangat bengap! megakibatkan kulit kaki tersiat..errkk!!

camni cite die...

 aida tengah jalan-jalan bagi flyer, pastu main-main macam-mcam kanak-kanak riang..
perangai kannnn...dah tetua buat kelaku macam tuu..

Zzzrruupp!!!

tetibe ntah macam mana, kaki tesagat kat jalan tar dengan force yang sangat kuat, lalu kulit tesiat..sengal tak sengal tak??!!!

sakit die, mak aih!! balik rumah jerit2-jerit panggil adik aida yang tgh syok mandi..die pon keluar toilet, tgk kaki aida, tros gi amik gunting bawak kapas and kit2 die, and gunting kulit yang tesagat2 tu supaya senang cuci and kuarkan sume pasir2 yang temasuk dlm kulit..eiiww..aida pon geli..sebab tu takleh jadi dokter kan..kahkahkahh..

btw, adik aida amik medicine, sbb tu die cool je gunting2 kulit ni..kene perli, " safety kit kat umah ni dah lama tak bukak, sume org da besar, da jarang da jatuh2 ni..ubat pon da takde.." haish..malu2..-_-''

susah sangat die nak gunting kulit aida sebab aida dok tolak-tolak tangan diaa..sumpah over gila reaction aida time tu..hahah! yelah, aida ni tak suke la luka-luka sakit..=(( lagi-lagi adik yang tolong letak ubat, lagi la ngada kan..kann ehehehee....

alaa sesekali nak memanja gak dengan adik...
emm lepas tu adik letak Herbalblend krim kat luka tu..sakit..

=(( NGADA!!!

Emm bagus tau uolls..letak je krim tu tak rasa pedih, sejuuuk jer, lepas dua hari luka makin kecut dan kering..!!

Heheheeee


'aduhh! malunyerrr'

Dicatat oleh AidaNajwan.com di 8:10 PTG 0 ulasan Categories
Assalamualaikum pembaca blog aida,..

Doa aida semoga kalian semua di berkati dan di rahmati oleh Allah setiap saat dan waktu...


"Aaaaaaargh! Teruknya muka aku..! Banyaknya jerawat. Jeragat dan kulit kusam ni boleh hilang ke? Bolehkah wajah aku ni cantik berseri-seri di hari raya nanti?"


-Runsing dengan wajah anda??-

Begitulah luahan yang aida terima melalui whatsApp daripada seorang customer aida tempoh hari. Bila sebut hari raya semuanya nak cantik...!

Betul tak..?

Betul kannnn

heheheeeee....

bergaya dengan baju baru blink-blink serta aneka manik seakan ada kekurangan jika wajah kita kusam dan tidak berseri. Kekadang tu mula timbul rasa rendah diri atau dalam bahasa saintifiknya inferiority complex.

Wuhuuu...

Tapi uolls jangan risau...!

Aida akan bagi tips cantik menjelang raya dalam entri ini. Salah satu cara nak wajah cantik berseri ialah dengan mengamalkan vitamin E Shaklee sebelum tidur. Makan 1 biji vitamin E setiap malam sebelum tidur.

Umum mengetahui vitamin E ni berfungsi untuk anti-oksidan, menghilangkan parut jerawat, mengembalikan kelembapan wajah dan lain-lain lagi la. Tapi tahukah kita apa kriteria pemilihan produk Vitamin E?

-Cara memilih vitamin e dengan tepat-

Perhatikan komposisinya. Vitamin E ada dua jenis, iaitu vitamin E sumber semulajadi dan vitamin E sintetik. Produk vitamin E sumber semulajadi biasanya mencantumkan keterangan d-alpha Tocopherol. Vitamin E sumber semulajadi kebaikannya dua kali lebih baik daripada vitamin E sintetik,” ujarnya.

Sumber terbaik dari alam untuk vitamin E adalah dari ekstrak biji gandum dan biji bunga matahari. Vitamin dalam bentuk kapsul lebih mudah ditelan dan diserap.

Perhatikan jumlah kandungan vitamin E per kapsulnya. Keperluan kulit dan tubuh terhadap vitamin E sumber semulajadi adalah antara 100 sampai 300 international units (IU). Jumlah keperluan bergantung kepada usia, jenis kulit, serta banyaknya aktiviti luar ruangan.

Untuk usia di bawah 30 tahun, pengambilan vitamin E 100 sampai 200 IU. Seiring usia bertambah serta aktiviti yang meningkat, kadar vitamin E boleh ditambahkan sampai 300 IU untuk hasil maksima.

-bagaimana nak merawat kulit secara optimum?-

Jangan jadi seperti manggis yang cantik di dalam tapi hitam diluar. Jika hadapi masalah kulit pada wajah jangan merawatnya melalui luaran sahaja.

Ramai yang tidak tahu nak kulit cantik kenalah rawat dari dalaman kulit. Tidak hairanlah ramai yang berhabis duit membeli produk-produk kecantikan tetapi hasilnya tidak seberapa.

Ada yang okay tapi hanya bertahan sekejap sahaja. Justeru itu mari kita rawat dalaman kulit dahulu. Apabila dalaman sihat, pasti luaran pun sihat. Betul tak?

Untuk mendapat kulit cantik berseri yang optimum kenalah amalkan vitamin E dengan konsisten! InsaAllah...dan pengamal pemakanan vitamin e secara konsisiten membuatkan si pengamal nampak lebih muda dari usianya..!!


-HANYA RM 127.00
-WHATSAPP 0194791721 AIDA.



Sabtu, 25 April 2015

KHASIAT ESP

Dicatat oleh AidaNajwan.com di 4:09 PTG 0 ulasan

Khamis, 2 April 2015

Nostalgia aiskrim kacang merah

Dicatat oleh AidaNajwan.com di 8:48 PTG 0 ulasan Categories
Assalammualaikum,...


Korang mesti ada nostalgia zaman silam kann..

kisah zaman kanak-kanak yang tersemat rapi di kotak ingatan, kisah yang tak pudar di telan dek zaman.

Nostalgia yang buatkan kita tersengeh kerang..


Hmmm..

Aida ingat lagi masa tu umur aida lapan tahun, petang tu aida berentap sakan main tuju kasut dan main polis santri.

"Polis santri wan tu jaga polis mati pencuri jaga.." 

Bhahahaha...mesti korang pun tak ketinggalan pernah main permainan tu kann kannn...jangan tak ngakuu..

Balik pada cerita tadi,

dalam pukul enam petang aida berundur dari gelanggang, terasa amat haus. Selalunya aida akan menerpa masuk rumah bukak peti ais minum air ais yang dah di sejukkan, lepastu sambug main.

Tiba-tiba datang pula keinginan yang meluap-luap ingin menikmati aiskrim kacang merah..!


Ini lah aiskrim kacang merah yang menjadi kegilaan ramai masa dulu...sedapp woooo...


Dengan penuh keyakinan dan semangat yang membara aida berlari-lari anak menuju ke kedai pak din yang tak lah berapa jauh sangat dari rumah.

Setibanya di kedai aida cepat-cepat melangkah ke peti aiskrim.
wahh! Aiskrim kacang berasap-asap kesejukan di dalam peti.

Capai aiskrim, seluk poket seluar..

Ehhh..seposen je tinggal..?

Tadi ada tiga posen...??

Waagghhh sah dah tercicir masa tengah main tadi..

Hibaa...

Aiskrim kacang tu harga dia dua puluh sen, aida letak balik aiskrim dalam peti dengan hati yang penuh kehibaan..

Pakdin maintain peratikan gerak-geri aida macam la aida ni penjenayah bertaraf antarabangsa nak curi aiskrim dia huhh..!

Mata aida melilau ke sekitar keropok, chikedies, kacang tumbuk, gula-gula, keropok bon-bon perisa ayam, mamee dan beraneka makanan rapu yang langsung tidak berkhasiat untuk tumbeseran.

Aida terpandang sebuah kotak putih, dalam tu ada kertas-kertas kecil berlipat yang terlekat. Yaahhh...!! Ini lah satu-satunya peluang untuk aida mendapatkan aiskrim kacang..!

Demi melayan keinginan yang kehausan aiskrim kacang, berbekalkan akal fikiran seorang budak berumur lapan tahun aida mengambil keputusan nekad...!

Aida masukkan tangan dalam kotak tu, sambil pejam mata dan berdoa dalam bahasa melayu..

Aida gaul perlahan-lahan sambil mengingati teknik yang biasa di buat oleh budak-budak lain sebelum ni..

Aida capai sekeping, pakdin sudah siap sedia hulur tangan, aida serahkan seposen terakhir yang aida miliki sebagai pertukaran untuk harga sehelai kertas.

Aida koyakkan bucu kertas tu perlahan-lahan...

Yehaaaa....!

Aida pulang keriangan bersama dua batang aiskrim kacang dan setin minuman berkabonat, siap ada baki lagi lima puluh sen dalam poket..

Alhamdulillah...heheeee....

Itulah salah satu nostalgia aida...rindu sangat dengan zaman tu.



cara mudah untuk banyakkan air susu

Dicatat oleh AidaNajwan.com di 12:09 PG 1 ulasan Categories
Assalammualaikum...

Doa aida untuk pembaca blog aida..


'Bismillahirrahmanirrahim...'

" Ya Allah...
Jika ada di antara sahabatku yang sedang sakit, mohon angkatlah penyakitnya ya Allah...berikanlah kesembuhan untuknya...
kerana hanya Engkau lah yang Maha menyembuhkan.."

Aamiin ya rabbal a'lamiin...



Kali ni aida nak berkongsi manfaat set menyusu kepada para ibu yang masih menyusukan bayi serta para bakal ibu yang tak lama lagi akan melahirkan cahaya mata, ohsemm...hehehee


"ibuuuu adik tak cukup susuuuu..."













Baby tak cukup susu..? Uhh kesiannyaaa...

Masalah kurang air susu ramai yang di alami oleh ibu-ibu yang baru melahirkan. mana si ibu yang bersemangat nak bagi baby susu badan mesti rasa kecewa sebab air susu terlalu kurang.

Urut dah berurut, dah segala macam jenis minyak di sapu untuk banyakkan susu, tapi air susu tetap malas nak keluar.

Aaggghhhrrrr.....

Stresss...!

Jangan putus asa...

Adik aida pun tak ketinggalan menghadapi simptom-simptom kekurangan air susu, dan hampir-hampir berputus asa.

Mana lah tak putus asa..baby dok berqasidah dengan irama yang meruntun jiwa, ibu mana yang tahan qasidah si anak yang cukup menggegarkan sukma.

Maka si adik pun menggogle mencari supplement membanyakkan air susu.

Alhamdulillah....!

Berkat kesungguhan adik akhirnya terjumpa set menyusu dari produk shaklee.

Adik aida salah sorang pengamal set membanyakkan air susu shaklee dari ratusan orang..mungkinnn ribuan..

Amat menakjubkann..!

Selepas pengambilan set menyusu, air susu adik dari hari ke hari makin banyak, susu pun pekat lemak berkrim penuh khasiat. Siap boleh di pam dan di simpan dalam peti ais.



Ini lah susu-susu yang telah di pam dan di simpan dalam peti ais,



[[Keistimewaan set menyusu shaklee]]


◆ set menyusu shaklee dapat membantu ibu-ibu menghilangkan keletihan, stress serta memulihkan tubuh agar kembali sihat, cergas dan bertenaga.

◆ proses membuang air besar menjadi lebih mudah tanpa sembelit.

◆ badan menjadi slim dengan ohsem...di sertakan bonus dapat kulit lebih halus, cerah dan payudara anjal tak melayut walaupun menyusukan bayi. Ini kerana penangan set lengkap supplement shaklee, ia membantu pembentukan kolagen kulit, menghidupkan sel kulit baru dan membuang sel kulit lama.

◆ air susu anda lebih pekat dan bayi anda kekenyangan yang agak lama.

Oleh itu kepada para ibu yang masih mencari-cari supplement untuk penghasilan susu yang banyak dan berkualiti, perlulah mencuba set menyusu shaklee yang sangat ohsem ini..

Insyaallah...dapat membantu menyelesaikan masalah para ibu.





Jika ada pertanyaan atau ingin mencuba, wassap aida di 019-4791721.


Selasa, 24 Mac 2015

Hilangkan kedutan di muka dengan lobak

Dicatat oleh AidaNajwan.com di 3:00 PG 0 ulasan Categories
Assalammualaikum...

Hmmm dah banyak hari aida tak menulis blog. Sekarang ni aida agak sibuk sikit, bila malam pulak aida banyak menghabiskan masa dengan menelaah novel, ngeeeee hehehe...

Apa-apa punnn...

Aida doakan semoga korang semua dalam keberkatan dan perlindungan Allah swt, dan di berikan rezeki yang melimpah ruah sepanjang hayat kaya dan berjaya.


Petua...

Korang amalkan tak petua-petua..? Korang percaya ke tak dengan petua...?

Aida percaya....

Hingga ke hari ini aida masih mengamalkan beberapa petua.

Aida nak kongsi petua dengan korang macam mana nak mencegah kedut-kedut Yang mula nak berjinak dan nak bermesra di muka kita ni haaa.. memanglah...kita tak akan mampu menghalang kedatangan kedut di muka untuk selama-lamanya.

Tapi...

Taknak lah...

Belum masa tua dah nampak tua..kann kannn kannn heheee..

dahh dahh...jom kita tengok apa petua dia.

Ohh lagi satu, korang kena lah rajin sikit yer..Kalau tak rajin hmm susah lah, tak susah mana punn, dan tak perlu berhabis bnyak duit.

Rajinnn jer...rajinnnn jerr...huhuu

Okehhhh...

Bahan-bahan

1- sebiji lobak merah (kalau rasa lobak tu besar, kerat lah dua)
2- sebiji telor ayam yang kuning saja tauuu..
3- satu sudu besar tepung jagung




Cara-cara

Lobak merah di parut hingga hancur, kemudian campur dengan telor ayam kuning dan tepung jagung gaul hingga sebati.

Sapukan ramuan tadi ke muka terutama di kawasan kedut-kedut suka muncul. Biarkan selama 25 minit barulah di bilas bersih dengan air. (aida basuh dengan air ais, muka akan terasa tegang dan gebu jer hehehe)

Insyaallah....

Amalkan, kedut-kedut pun tak sampai hati nak datang dekat.






 

Aidanajwann Copyright © 2011 Design by Ipietoon Edited By | Awin-ebiz.com