Ahad, 26 Oktober 2014
novel oh novel...
Novel..?? Yupp aida memang hantu novel, aida suka baca karya Ramli awang murshid, mazni aznita, fixi, dan lain-lain lagi. Karya Ramli awang mursyid yang paling aida suka cerita Laksamana sunan. Pegghhh...cerita dia memang best..! bagi aida laa, mungkin bagi korang biasa-biasa jerr...
Hehehe..ye lah kann, cita rasa kita berbeza-beza. Watak laksamana sunan benar2 buat aida jatuh cinta..."dulu laa sebelum kawen..hehehe" alaa korang pun mesti pernah dan ada mengalami situasi macam aida kan..kann, jatuh cintan dengan hero dalam novel.
Ini lah di antara koleksi novel Laksamana sunan..yang buatkan aida baca berulang-ulang. "Ish2...teruk betul kau yer aida.."
Laksamana sunan ohh laksamana sunan.."khayal kejap" mengisahkan seorang lelaki yang yang hidupnya penuh kedukaan, ketika remaja dia di fitnah lalu di hukum sebat oleh ayahnya sendiri, laksamana sunan merajuk kerana di hukum membuta tuli membawa diri ke acheh. Di situ dia mengenali seorang wali bernama wali sufi, dan menjadi anak angkat wali tersebut. Maka bermulalah kisah demi kisah dari seorang remaja yang lemah menjadi seorang laksamana.
Nak tahu kisah lebih kanjut? Beli la novel2 beliau, kalau aida cerita tak sama kalau korang baca sendiri, hehehe..
[[Tombiruo]]
Yang ni pulak kisah sepasang bayi kembar lelaki, seorang di lahirkan cukup sempurna, comel, putih gebu seperti ibunya. Yang si kembar sorang tu di lahirkan berwajah binatang yang amat menggerunkan, "ishh2...kesiann kann.." kerana tak sanggup melihat wajah binatang yang menggerunkan bidan yang menyambut kelahiran bayi tersebut membuang bayi tu ke dalam hutan rimba yang tak pernah di masuki manusia, "kejamm betul..!mentang-mentang la hodoh.."
maka..membesar lah si kembar tersebut, yang si tampan tu biasalah hdup sebagai seorang lelaki yang berjaya, ada pekerjaan yang bagus, dan kekasih yang jelita. Tak seperti si adik kembar yang di beri gelaran tombiruo yang hodoh hidup dalam hutan dah macam tarzan.
Akhirnya mereka bertemu dalam detik-detik yang mencemaskan. Di pendekkan cerita..si tombiruo tu bila dia dah tau dia ada abang dan abang dia punya la hendsome, merasa kecewa dan cemburu. "Yer lah kann sape tak jelous ye dak.." berjaya kah si tombiruo mengubah wajah seperti wajah abangnya...? Adakah dia terus hidup di dalam hutan selama-lamanya..? Nak tau erkk..sila pegi ke kedai buku atau popular untuk mendapatkannya. Sekiann tima kasih..hohoo
[[Fixi]]
Ni pulak di antara novel-novel keluaran fixi, penulis novel ni ramai, novel yang yang aida suka karya nadia khan, sebab bahasa penceritaan dia best..! Bahasa rojak, "sebut rojak teringat pulak rojak buah, huhuhu sedapnyerr.." sebenarnya banyak lagi koleksi fixi yang aida ada, yang dalam gambar tu novel yang aida rasa paling menarek dan best..! Kepada peminat novel tuu, haa cuba la beli keluaran fixi, syookk Oooo hehehe...
[[Venom suria]]
Venom suria, kasih arina, sayangku casper, yang paling aida suka baca kasihku arina dengan venom suria, ni semua hasil karya mazni aznita. Sape yang minat cintan-cintan tu boleh beli sayangku casper. Hehehe....mazni aznita ni tak banyak menghasilakan novel, aida suka baca novel ni sebab imiginasi dia tinggi...melangkaui batasan akal manusi. Fuhh macam best jer bunyinyer.."ehh memang best pon.." tak rugi beli tauuu..
[[Di antara novel-novel yang lain..]]
Dari budak2 lagi memang aida suka baca buku cerita. Pegi mana-mana mesti bawak buku, kalau tak ada buku cerita rasa jiwa kosong..hehehe...sekarang ni dah kurang sikit aida membaca, maklum lah sibuk dengan urusan rumah tangga.
Tapi kalau ada masa free, aida tetap dengan hobi aida..layann novel. Hmm tapi kann, ada jugak yang kata baca novel ni buang masa la..mengarut la..tapi aida rasa taaakk..bukan semua isi novel tu mengarut, kita kena pandai pilih la yer dak..dalam tu ada jugak ilmu yang bermanfaat tauu, macam kisah laksamana sunan..
Dia mengisahkan seorang manusia yang kuat hubungannya dengan Tuhan.
Walau apa pun rintangan dan godaan, kepercayaan dan keyakinan diri dia dengan Allah tak pernah padam walaupun nyawa melayang. Begitu juga dengan novel yang lain, banyak memberi kita semangat dan inspirasi..
Kalau aida pegi shoping, aida mesti singgah kedai buku,
Kadang-kadang bukannya beli pun...tapi sekadar cuci mata..hehe.
Tengok laaa rasa nak borong jer semua buku-buku yang ada ni..hehehe, memang leka di buatnya..dah la kulit buku tu cantik-cantik..tak tau nak pilih yang mana, kelabu dah biji mata menengoknya huhuhuu..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan