Sabtu, 20 Disember 2014

makan sushi sambil keluar air mata...??

Dicatat oleh AidaNajwan.com di 6:51 PG Categories
Assalamualaikum.....pembaca blog aida najawan terima kasih kerana sudi membaca blog aida yang tak seberapa..

Sejambak bunga mawar untuk pembaca blog aida...hehehe.



  Sushi...  

Sebelum ni aida pernah makan sushi kat hotel tapi rasa sushi kt situ memang tak kena dengan tekak aida.
Itu dulu time mula-mula makan umur aida baru belasan tahun. Tak tau lah pulakkan dah makin besar rasa tekak dah lain.



Pertama kali makan di restoran sushi king...

Satu hari selepas habis round satu sogo kawan aida ajak makan kat sushi king, nak tak nak layankan jer laa..sebab dia dah temankan aida shoping cari barang satu persatu.

Dalam otak dok berfikir.....habisla aku nanti makan sushi sambil keluar air mata..

Biasa laa aida kalu paksa diri untuk makan benda yang aida tak suka akan keluar air mata secara automatik huaaaaaa...

Dah sampai tempat yang di tuju macam biasa kami pilih tempat duduk yang selesa, kawan aida pick sushi yang katanya sedap binti lazat...

so aida pun dengan keterpaksaan mencuba la sushi yang di katakan sedap sangat tuuuu..aida ambik sushi yang ada cheese ni...



 Daaannnnnnn...!!! 



Rasanya emmmmm teramatlah sedapppp...!! Hehehe...

Sekali rasa nak lagi lepas tu aida cuba pulak sushi yang lain. Ada yang rasa macam lemang lepastu ada pelbagai inti macam ketam, sotong, udang, dan lain-lain lagi.

                              Ni aida dah lupa nama dia apa tahh..sedapp



Kat sini ada lain-lain menu jugak, bukan hanya sushi jer..yang dalam gambar bawah ni nama dia golden ball bukan sushi, ini telor rebus yang di goreng dan di saluti bread crumb, lepastu dia letak stick dan mayonis kat atas dia..




Yang ni isi dada ayam, dia letak sos, kicap, lada, rasa dia boleh tahan laa..



Suka tengok sushi bergerak dengan pelbagai aneka warna, comel-comel pulak tuuu...hehehe


Ii

Overall...
Memang puas hati dan tak menyesal makan kat restoran ni walaupun pertama kali makan.

Harga dia pun berpatutan, kalau ada rezeki dan panjang umur aida nak datang lagim aida nak mencuba aneka sushi dan menu makanan yang lain pulak...hehehe....

                                          Ni makanan yang kami makan ari tu...

















0 ulasan:

Catat Ulasan




 

Aidanajwann Copyright © 2011 Design by Ipietoon Edited By | Awin-ebiz.com