Isnin, 1 Disember 2014

Kenapa lelaki tak suka di call 24jam hours 24 kali...??

Dicatat oleh AidaNajwan.com di 10:45 PTG Categories

Satu petang di kampung utara tanah air, aida dengan sepupu Shaz (bukan nama sebenar) dan zara (juga bukan nama sebenar)

'Tuan empunya diri tak bagi letak nama sebenar..huhuu'

duduk menghirup angin petang yang emmmhh sungguh mendamaikan sambil buai-buai kaki kat tali air, sekali-sekala terasa anak-anak ikan mencubit-cubit kaki aida, heheeee


Aida tengok muka si shaz ni keruh semacam..lagi keruh dari air kat tali air. "
Ehhh ko ni kenape muka kusut macam benang kusut jer aku tengok, cer story kat kitorang ni haa.." kata sepupu aida zara..

"Aku rimasss la dengan awek aku ni wehh..!
24 jam asyek nak call msg nak memanjer,.."

"So..what..? Apa masalahnyer dia nak call memanjer..? Ko tak rase kembang ke lubang idung ko ade orang yang sayang dan ingat kat ko..?"  Ujar zara..

"Aku ade life aku sendiri, aku nak makan susah, nak main game susah, nak lepak dengan kawan susah, nak mandi pun susah tauu..!!"  Kata shaz lagi.

"Makkk aiiihhh biar betoi shaz..nak mandi pun susah...??
Hahaha parah macam tuu..nasib ko la shaz ooiii..." sahut zara.

So...aida pun menyelami hati dan perasaan shaz ... jiwa lelaki..!
Untuk pengatahuan kita semua, terutama girl-girl yang ada teman lelaki..



Jommm...!!  Jeng..jeng...jeng... hahaha...


Well...sebenarnya bila awek call setiap hari bermakna besar dalam kepala otak dia hanya ada kau yang bertahkta di hati..


Wahai girl ... pleass take note.

Lelaki yang suka korang tak kisah pun korang nak call dia...faham...?

Tau kenapa...? Baiklah cuba bayangkan hidup kita selama 29 jam tu bukan semata untuk tidur, makan dan call atau layan call dari anda wahai gadis-gadis yang berpakwe..

Dorang kaum adam ni ada life dorang jugak, ada masa dorang nak bersama dengan kawan-kawan dorang, lepak kat kedai mamak bergosip.



"Ehhh jangan ingat kaum adam ni tak bergosip tauuu, topik gosip dorang pulak lagi mannntoopp..! Lagi hoott...!Dari kita ni kaum hawa.."

"Dari benda paling logik, terus cerita pasal gajah tupai siamang mengawan bla..blaaa..
Itu lelaki dia punya tahap merepek serta imiginasi dorang tahap overrated, seriusss...!!"

Dan kalau student pulak dorang ada assignment susah tahap puaka tebing biru menanti dorang.

Jika yang berkerja dorang ada maneger yang tahu nak bang..!!bang..!!
Maki dorang sedang menanti dorang, jika yang penganggur dorang ada ... ada ... senang cita dorang ada la hal dorang nak buat..

Bayangkan jika dorang tengah meeting yang projek nilai dia juta-juta.
Tengah baaiiikkk punya bincang dengan client suruh buat buaian dengan gelongsor taman permainan guna emas tulen.

Inn sudden si girl call, kena berenti kejap meeting tu untuk jawap call dari si girl.



Dalam kepala si laki ni dok pikir mana la tau kan kot-kot si girl ni tadi ade hal penting, sebab sebelum gi opis tadi si laki dah call bagitau hari ni ada mesyuarat penting..!

Ni tetiba si girl call, mesti ada hal penting jadi kat si girl ni..pingsan ke..sakit perut tahap kritikal ke..dalam kepayahan ke...

Kemudiann si girlfrend hanya berkata...


"Sajer nak call...tanye kabar...rindu...b rindu tak kat ayang..hihihihi..."



Wahai si gadis...


Dorang kaum adam bukan taknak di call, tapi kalau dah sehari sampai berbelas-belas call,
Lambat jawap merajuk tahap dewa-dewi..

Lepastu kena pujuk tahap nak memujuk permaisuri kober gandring makk aiihhh susah nak mammmm .... haaa kannn
Kan dah kasar bahasa... "erkkk bukan aida yang kata..tu laki yang kata.."

Bukan tak boleh nak call...bolehhh..
Boleh sangat-sangat...! Tapi bersusuaian laa..contoh macam pagi ke call, tengah hari, lepastu petang atau malam ke..

Seriusss....!!! Walau sayang macam mana pun kalau dah setiap minit nak himpit, nak memanjer.... aggghhhh rrriimmaasssss...!!

" Pleasss lah fahaammm wahai girl-girl...!"




"Hasil dari luahan hati yang bergelar lelaki."

Lepas ni insyaallah aida nak tulis cerita luahan hati kami yang bergelar wanita pulak, heheheee nantikaaannn...!







0 ulasan:

Catat Ulasan




 

Aidanajwann Copyright © 2011 Design by Ipietoon Edited By | Awin-ebiz.com