Ahad, 4 Januari 2015

pless...!! sebelum kawen JANGAN buat kerja BODOH...!!

Dicatat oleh AidaNajwan.com di 9:28 PTG Categories
Assalamualaikum,..



"Orang bercinta sebelum kawen akan banyak membuat pekara bodoh, ..."

Pepatah di atas apabila aida renung-renungkan ternyata ada banyak kebenaran, apatah lagi pepatah itu di petik dari blogger terkenal iaitu Hamka.



Sambung cerita balik..

Orang bercinta sebelum kawen akan banyak membuat perkara bodoh terutama perempuan. Anda bagaimana...? Masih tidak percaya bahawa cinta membuatkan manusia bodoh terutama orang perempuan.

Tak puas hati...? Baikkk cuba anda semak senarai bodoh di bawah yang di buat oleh orang bercinta sebelum kawen.


1. Memegang tangan kekasih

Berpimpin tangan. sikit-sikit pimpin tangan, konon romantik.. naik tangga pimpin tangan, melintas jalan pimpin tangan, lompat longkang pimpin tangan, turun dari kereta pimpin tangan, aduhaiiii.....

Adalah lebih baik anda tolong babi melintas jalan raya daripada pimpin kekasih. Sebab walaupun babi tu haram tidak berdosa pimpin si babi melintas jalan, mungkin kalau kita ikhkas nak tolong boleh dapat pahala.

Tapi...

Berpimpin tangan sepasang kekasih nak melintas jalan, silap hari bulan kena langgar dek lori, mati ... berpimpin tangan lah dengan firaun ke gerbang neraka...! Allahhuakbar....!!

Moral: tengok suami isteri berjalan berpimpin tangan nampak sweettt...manja...bijak dan romantik...!!
Tengok sepasang kekasih berpimpinan tangan nampaakkk...huhh...adohaiiii...



2. Bagi gambar tak tutup aurat pada sang kekasih

Jaga aurat dah bagus, tapi bila bercinta boleh pulak awek bodoh kongsi gambar tak tutup aurat kepada pakwe, maka pakwe bodoh pun share gambar awek kat facebook, lepas tu pakat 'like' dan 'share' ...?? Hampehhh...!

Ada pulak tu yang kongsi gambar telanjang, bila putus hubungan terus jadi hamba kekasih sebab takut kena ugut gambar di sebarkan. Bodoh sungguuhh...!

Moral: suami isteri nak kongsi gambar telanjang mungkin nampak macam tak sopan, tapi...pakwe makwe belum berkahwen nampak macammm bangang..!




3. Membazir duit dan masa melayan kekasih

Maksiat bagi orang paling lemah iman, mencegah dengan hati, tapi si pakwe ni siap melabur duit, saham, dan gembira dengan mksiat sebelum kawen.

Rugi sungguh hidup anda...

Mana pergi iman..? Akal...? Fikir-fikir kan laaa..

Moral: belanja isteri dapat pahala sedekah,
belanja dan perabiskan duit untuk awek ...??
Lebih baik belanja mak makan sedap-sedap, dapat berkat..




4. Panggel kekasih dengan PAPA-MAMA

Belum berkahwen dah berpapa-mama...? Huhuu meriahnya hiduppp...

Seriuss...!

Anda nampak bodoh dan tak matang..

Moral: suami isteri berpapa-mama ke, ape ker...dapat pahala..
Pakwe makwe...?? Dapat bala..




5. Bergaduh dengan ibu bapa kekasih

Belum berkahwen sudah bergaduh dengan bakal pak dan mak mertua..? Jahil sungguh..! Malas nak ulas.

Moral: suami isteri kalau bergaduh boleh lari rumah mertua, pakwe makwe...?? Kesiaaann...




6. Derhaka pada orang tua

Ramai betul orang perempuan yang lebih taat dan mendengar cakap pakwe daripada mak bapak..sedehhh..!!

Listen..! Listen...! Listen...! Ikan jerung tu pun tak menderhaka kat mak bapak mereka..

Moral: isteri wajib taat suami, mak bapak sudah terlepas tanggungjawab selepas anak perempuan berkahwen, simple...
Tapi makwe tidak wajib taat pada pakwe..tak boleh fikir ke...??



7. Lari dari rumah

Apa ke jadah belum kawen lari ikut pakwe...? Bila putus dengan pakwe nak balik beraya kat mana...?? Cubala pakai otak sikit...otak singkat...!

Moral: lepas kawen jika bergaduh dengan laki, boleh guna ayat;  "hantarkan saya kerumah orang tua saya" ... wohaaa..




8. Cacah muka dengan tatoo nama kekasih

Ini perbuatan pakwe makwe paling bangang dalam sejarah peradaban manusia, bodoh sungguhhh...!

Moral: tak payah nak bertatoo bagai...jika sudah berkahwen nama suami isteri akan terukir di pintu syurga, insyaallah... aamiin...!



8. Meraba alat sulit kekasih

Belum kawen dah meraba-raba..? Apa ke jadahh..? Perempuan pun meraba jugak..? Astaghfirullahalazim...! Neraka tu gelap, pegi meraba di sana..!

Moral: raba suami, isteri, dapat pahala..raba pakwe, makwe, dapat neraka..! Simple.




9. Hisap menghisap

Inilah perlakuan pakwe makwe yang selalu berlaku, konon tidak berzina hanya menghampiri zina.

Hisap menghisap ajer...

Tapi kalau dah mula hisap menghisap, tunggu line clear, berzina lah anda di lembah syaitan..! Syaitannn...!

Moral: hisap-hisap ni biar suami isteri jer yang buat. Yang belum kawen elok belajar ilmu hisab.




10. Buang anak dalam tong sampah

Bodohh..! Bangang...! Bingai...!

Aaagggghhhhhh....

malas nak ulas pepanjang akan betapa bodohnya tindakan orang bercinta sebelum kawen, mereka memilih sedap sekejap tapi seksa berpanjangan.

Itu belum cerita nasib dalam kubur dan dalam neraka, hampehh..!

Mari sini semua adik-adik sekalian..sebelum kawen tak payah nak habiskan masa dengan bercinta.

Sangat rugi dan kerja bodoh semua tuu..

Ketahuilah, cinta memerlukan pengorbanan, sedangkan tenaga dan pengorbanan sebelum berumah tangga adalah sia-sia, buang karen, dan akan menjejaskan prestasi otak.

Akhir kata...kepada pasangan yang sedang bercinta..

Jagalah peribadimu, jangan terlalu ikutkan hawa nafsu syaitan..! Syaitan..!! Kelak diri dan emosi mu terganggu..



Sekiaannn...









0 ulasan:

Catat Ulasan




 

Aidanajwann Copyright © 2011 Design by Ipietoon Edited By | Awin-ebiz.com