'Penatnyaaaa badannn, nak tido laaa'
Kita mungkin mengalami detik-detik betapa letih dan penatnya badan kita bila seharian berkerja.
Dalam islam sendiri menggalakkan kita tidur sekejap kira-kira 15 - 30 minit sebelum masuk waktu zohor, ini kerana tidur sekejap itu dapat mengambalikan semula tenaga pada badan kita.
Memang la kann..sapa la yang tak suka tidur..aida pun suka tidur..huhuhui.
Sebab dengan tidur kita dapat mengambalikan kesegaran pada tubuh kita selepas penat berkerja, tidur jugak dapat melupakan semua masalah dalam kehidupan.
'Tapi...jangan la terlebih--lebih pulak tidurnyaaa..'
'Kenapa tak boleh tidur lebih....???'
Ini kerana mengikut kajian yang di lakukan oleh pakar-pakar kesihatan mengatakan jika seseorang itu terlebih tidur akan menyebabkan masalah kesihatan pada badan.
1 - penyakit diabetis
Kajian mendapati mereka yang terlebih tidur akan mudah mendapat penyakit diabetis berbanding dengan mereka yang tidur secukupnya.
2 - penyakit jantung
Kajian mendapati seorang yang tidur 8 hingga 9 jam sehari akan meningkatkan risiko penyakit jantung.
3 - pelupa
Tidur boleh meningkatkan pembentukan tahap ingatan. Walaubagaimanapun mereka yang tidur selama 8 hingga 9 jam sehari memberi kesan yang sebaliknya,
Ini kerana mereka yang terlebih tidur boleh melambatkan fungsi sel-sel di sebahgian otak.
4 - kemurungan
Banyak kajian yang di lakukan terhadap pesakit yang mengalami masalah kemurungan adalah di sebabkan mereka yang tidur dengan berlebihan.
Tambah buruk apabila mereka masih kekal dengan aktiviti tersebut walaupun mengatahui kesan buruk ke atas diri mereka.
5 - obesiti
Menurut kajian yang di lakukan seseorang yang tidur secara berlebihan akan berisiko mengalami obesiti sebab masa tidur metabolisme menjadi perlahan.
6 - hilang kecantikan di wajah
Mereka yang tidur secara berlebihan boleh menyebabkan muka menjadi sembab dan ini memberikan penampilan yang kurang menarek lebih-lebih lagi perempuan.
Isnin, 1 Disember 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan